Realiti kehidupan… Hidup tak selalunya INDAH, Langit tak selalunya CERAH!!


Adakah kita telah melakukan sebaik-baiknya untuk mempersiapkan diri kita sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku pada kita atau keluarga kita?

 

Kenapa perlu merancang kewangan?

"If you fail to plan, you plan to fail"

"Money is not everything but everything need money"

 

Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ketepian,

Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.

 

-------------------------------------------

 

Hutang

Dari Abu Hurairah R.A berkata,

Rasulullah SAW bersabda;

Roh orang beriman yang mati, tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain.

Hadis Riwayat Tirmizi

 

Semua manusia ada hutang. Tak kiralah yang duduk di kampung, apatah lagi kat bandar besar. Dari hutang dengan kawan, sampai la hutang dengan bank. Pernah ke terfikir kalau kita ditakdirkan meninggal muda, ataupon terpaksa berkerusi roda untuk sepanjang hayat, siapa yang nak tolong bayar hutang kita? Dah tentulah keluarga. So, daripada orang yang sepatutnya menyediakan nafkah untuk keluarga, kita dah jadi beban pada keluarga. Dan pada masa ni, wife terpaksa lah kerja kuat bagi menampung kos kehidupan dan hutang yang kita tinggalkan.

Bila wife dah keje, anak yang sulong pon kesian tengok mak kene keje kuat. Dengan keazaman nak tolong keluarga, anak ni pon berenti sekolah dan terpaksa kerja sebab tak sanggup nak tengok mak membanting tulang sorang-sorang. Macam dalam drama kan?

ANDA PASTI INI TIDAK AKAN BERLAKU PADA KELUARGA ANDA?

 

-------------------------------------------


Bil Hospital

FUHHH!! Berpeluh kalau tengok figure kat atas tu. Mana nak cekau RM 300k? EPF pon belum tentu ada setengah figure tu... Btul tak? Dalam bank jangan cakap la...

 

Sayangilah IBU BAPA anda

Setiap dari kita yang mempunyai ibu bapa pasti pernah merasai naik turun dalam kehidupan sepanjang kita membesar bersama keluarga. Bila dah besar, adalah menjadi tanggungjawab kita pula untuk jaga mak ayah kita. Tapi, kalau kita renungkan, apakah yang mak ayah kita nak? Pastinya bukan wang ringgit. Kerana as parents, mereka faham keadaan kewangan zaman sekarang yang penuh mencabar, lebih2 lagi kalau tinggal kat bandar macam KL. Bukan duit yang diaorang nak, tapi perhatian…

Tapi macam mana kita as anak nak jaga parents kita, kalau kita sendiri tak boleh jaga diri kita sendiri? Kalau lah satu hari nanti kita disahkan menghidap kanser, dan perlukan duit yang banyak untuk bayar bil2 hospital dan perubatan, dah tentu kita akan menyusahkan mak ayah kita. Sebab takde mak ayah yang tak sayangkan anak, dan takde mak ayah yang sanggup tengok anak diaorang menderita. Tapi sayang ke kita kat mak ayah kita? Kalau sayang, knape susahkan diaorang lagi? Sanggup ke tengok diaorang tebal muka pinjam duit kat sedara mara?

 

Bukan setakat sayang ibu bapa. Keluarga sendiri pon kene sayang. Dan yang paling penting sekali, SAYANG DIRI SENDIRI. Adakah anda nak susahkan keluarga, isteri dan anak-anak sendiri. Kalau kita tak boleh jaga diri sendiri, macam mana nak jaga diaorang? Duit dah habis bayar bil hospital. Silap2, rumahtangga yang kita bina pon boleh bercerai-berai. Klik link dibawah.

Masalah utama perceraian rumah tangga

 

-------------------------------------------


Persaraan

Masa umur 20an, kita rasa masih terlalu awal. Masa umur 30an, pon kita rasa masih awal. Bila dah umur 40an, dah terlambat dah...

Di Malaysia, umur persaraan semakin lama, semakin panjang. Tapi kenapa nak bekerja lama2? Sebab duit tak cukup nak bersara, kene la kerja lagi. Walaupon patutnya dah boleh duduk relax2 kat rumah main ngan cucu. Tak teringin ke nak bersara awal?

Tapi ada jugak yang tak pernah fikir pasal persaraan, sehinggalah mereka bersara!! Time ni dah tak leh buat ape la. Sebab tak pernah amik kisah untuk merancang masa depan. Simpanan cukup ke? EPF cukup ke? Pencen cukup ke?

Everything is possible kalau kita merancang dari awal.

Berapa banyak anda perlukan untuk bersara? Saya akan kongsikan...

Anda yang tentukan masa depan anda...

 

-------------------------------------------


Pendidikan Anak

Pernah dengar PTPTN? Apakah tujuan sebenar penubuhan PTPTN? Kalau every parent in Malaysia, ada kesedaran dan komitmen untuk buat simpanan pelajaran anak tiap-tiap bulan, walaupun 100 ringgit sebulan, perlu ke pinjam PTPTN tu?

Ehh... Betul ke? Kalaulah parent meninggal, or cacat kekal menyeluruh, or sakit kritikal, macam mana nak simpan duit lagi? Ini adalah satu 'benefit' yang bank tak boleh bagi, tapi company insuran dan takaful boleh bagi. Ianya dipanggil 'Mortality Kredit'. Apa yang penting planning dan komitmen.

Nak tahu lebih lanjut lagi? Nak tahu berapa banyak kos pendidikan anak kita perlukan? Saya akan kongsikan...

-------------------------------------------

 

SO, sekarang ni anda MUNGKIN dah nampak sedikit sebanyak kepentingan perancangan kewangan, dan manfaatnya kepada anda dan keluarga. Persoalan sekarang adalah, adakah anda akan guna peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut atau ianya akan jadi pengetahuan yang sia-sia? Jangan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan sudahlah...

Adakah anda memilih untuk menghadapi kesukaran hidup dengan HATI YANG TENANG, ataupon hati yang resah gelisah?

Adakah anda memilih untuk menghadapi kesukaran hidup dengan kepala yang berserabut, ataupun dengan PEACE OF MIND?

Klik 'LIKE' untuk mendapat info lanjut mengenai program perancangan kewangan yang saya akan kongsikan. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menggunakan 'financial calculator' yang akan saya kongsikan dengan anda.

 

 

Tell a Friend