Selamat Datang!!

Selamat datang ke www.prubsntakaful.my dan terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung laman ini. Untuk maklumat lanjut mengenai produk insurans dan takaful dari prudential, boleh hubungi saya seperti di bawah…

Hafiz Hassan,
012-2305792,
hafiz@prubsntakaful.my

Perunding Takaful dan Perancang Kewangan,
Prudential BSN Takaful.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Kad Perubatan – Takaful Health

Takaful Health adalah kad perubatan Takaful Pertama di Malaysia yang membayar bil-bil hospital yang tinggi terutamanya di hospital Pakar swasta. Lebih menarik lagi, Kad perubatan ini adalah merupakan satu manfaat tambahan yang boleh di masukkan di dalam akaun Takafulink.

Secara asasnya, Kad Perubatan ini menyediakan manfaat seperti berikut :

1. Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM 1,500,000 untuk seumur hidup.

2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel. Peserta tidak perlu membuat tuntutan kerana bayaran bil akan di buat terus kepada hospital.

3. Tiada Had Tahunan. Oleh itu kad ini boleh di gunakan untuk membayar bil hospital sehingga RM1.5 juta sekaligus. (Untuk pelan TH200, TH300, TH400 sahaja)

4. BONUS Tanpa Tuntutan. Bonus tahunan sehingga RM500 setahun akan di bayar jika peserta tidak pernah membuat apa-apa tuntutan bil perubatan.

5. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 atau 80 tahun.

6. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.

7. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.

8. Membiayai kos rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.

9. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.

10. Membiayai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).

11. Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang.

12. Kos Rawatan penyakit Kanser.

13. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)

Kad Perubatan ini mempunyai 5 pilihan pakej seperti berikut :

Ko-Takaful

Kad perubatan Takaful Health ini mensyaratkan peserta membayar ko-takaful (sebahagian kos yang perlu di tanggung oleh pelanggan dan tidak boleh di tuntut) sebanyak 10% daripada bil tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1,000. Bagi manfaat bilik dan penginapan, tiada ko-takaful di kenakan.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Pelan Pendidikan – Takafulink Cerdik

Pelan Pendidikan
Jika di tanya kepada setiap ibu-bapa, apakah hadiah terbaik yang ingin mereka beri kan kepada anak-anak?. Pastinya ramai yang akan menjawab Pendidikan yang terbaik dan sempurna!. Namun ramai yang terlupa bahawa hadiah yang amat berharga ini hanya boleh di perolehi dengan komitmen yang tinggi samada dari masa,tenaga dan wang ringgit.

Jika kita lihat, bermula dari pra-sekolah lagi, tersedia pelbagai pilihan pendidikan untuk anak kita. Dari pusat pendidikan yang di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan, hingga lah kepada pusat swasta yang menawarkan sistem pendidikan dan pembelajaran yang canggih. Pusat pendidikan swasta selalunya menjadi idaman setiap ibu-bapa kerana sistem pendidikan nya yang sistematik dan teratur. Namun yang menjadi masalah utama ialah yurannya yang tinggi.Kadangkala melebihi yuran untuk masuk ke sesetengah universiti awam!.

Begitu lah seterusnya sehingga lah anak kita membesar dan akhirnya mendapat peluang untuk belajar di universiti. Semuanya memerlukan wang. Persoalannya, adakah anak kita tahu bahawa semua ini memerlukan wang?. Sudah tentu kita lah yang lebih tahu tentang perkara ini. Oleh itu siapakah yang ada pilihan untuk membuat simpanan?…dan siapakah yang mempunyai pilihan untuk berbelanja sewenang-wenangnya?. Pertimbangkanlah situasi berikut ;

1) Anak kurang pandai belajar dan kita tiada dana pendidikan
Selalunya apabila berlaku sebegini, ramai yang menggalakan anak untuk bekerja sahaja untuk membantu keluarga.

2) Anak kurang pandai belajar tetapi kita ada dana pendidikan untuk mereka
Biasanya ibu-bapa akan mencari pilihan untuk anak-anak mereka belajar di kolej-kolej swasta. Oleh itu, anak mungkin lebih berpeluang untuk mengubah nasib mereka dengan menyambung pelajaran.

3) Anak pandai belajar dan kita ada dana pendidikan
Ini adalah situasi yang paling ideal kerana peluang untuk anak kita menyambung pelajaran terbuka seluas-luanya kerana kita ada dana dan kelayakan. Kita boleh membantu mereka memilih kursus yang terbaik demi masa depan mereka.

4) Anak pandai belajar, tetapi kita tidak menyediakan dana pendidikan untuk mereka
Jika situasi ini berlaku pada kita, apakah yang kita akan lakukan apabila anak menyerahkan slip keputusan peperiksaan mereka yang cemerlang?. Apakah yang akan kita jawab jika mereka memberitahu bahawa mereka ingin menyambung pelajaran di luar negara, sedangkan kita tidak mempunyai dana untuk itu. Mereka telah menjalankan tanggung jawab mereka sebaik mungkin. Tapi bagaimana dengan tanggungjawab kita menyediakan dana pendidikan untuk mereka?.

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

1- Pulangan Pelaburan
- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).

2- Khairat Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa

3- 36 Jenis Penyakit Kritikal
- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.

5- Kad Perubatan (Takaful Health)
- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh – Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

6- Elaun Hospital
- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

7- Elaun ICU
- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah
- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh
- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

10- Khairat Kematian
- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. – Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

11- Premium Percuma
Ini merupakan manfaat yang paling penting kerana ia akan menyambung simpanan anak secara automatik sekiranya
• Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
• Ibu atau bapa meninggal dunia
• Ibu atau bapa lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
• Ibu atau bapa mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Pelan Takafulink

Pelan Takafulink
Takafulink merupakan pelan Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-linked Takaful) yang menawarkan perlindungan komprehensif di samping membenarkan peserta membuat simpanan.
Ia di reka khas bagi memenuhi keperluan individu di setiap peringkat umur samada daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada warga emas.








Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Kematian
• Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
• Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
• Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
• Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
• Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
• Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
• Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
• Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
• Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
• Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
• Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
• Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
• Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
• Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
• Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
• Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
• Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
• Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
• Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
• Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
• Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain ‘Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan’.
• Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
• 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)
• Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
• Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
• Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
• Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9- Medical Cover
• Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
• Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
• Elaun ICU – Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
• Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) – Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
• Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
• 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
• Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun
• Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
• Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
• Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
• Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
• Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
• Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
• Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
• Hospital – swasta atau kerajaan

11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
• Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
• Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12- Khairat Kematian
• Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
• Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
• Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14- Pulangan Pelaburan
• Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
• Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
• Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Pelan Takaful 3 dalam 1

Pelan takaful lengkap 3 dalam 1 meliputi PERLINDUNGAN, SIMPANAN dan KAD PERUBATAN.

PERLINDUNGAN ASAS
- Pampasan kematian
- Pampasan hilang upaya kekal
- Pampasan kemalangan
- Pampasan 36 penyakit kritikal
- Elaun tahunan hilang upaya kekal/penyakit kritikal
- Polisi PERCUMA apabila berlaku musibah (kematian/hilang upaya kekal/penyakit kritikal) kepada pembayar (ibu/bapa) atau pasangan (suami/isteri)

SIMPANAN
- Wang di laburkan di dalam Unit Amanah berlandaskan shariah
- Pulangan lebih tinggi
- Tiada tempoh matang
- Pelaburan boleh ditambah bila-bila masa
- Wang boleh di keluarkan BILA-BILA MASA selepas jumlah akaun melebihi RM1000

KAD PERUBATAN
- Bayaran bil hospital antara RM500,000 hingga RM1,500,000
- Kemasukan terus ke lebih 60 hospital pakar
- Elaun hospital sehingga RM400 sehari
- Elaun pembedahan
- Elaun harian ICU
- BONUS TIADA TUNTUTAN sehingga RM500 setahun
- Tidak perlu diperbaharui dan ‘NON-CANCELLABLE’

Untuk maklumat lanjut, boleh gunakan borang Quotation Percuma atau boleh terus hubungi saya.

Hafiz Hassan
012-2305792
hafiz@prubsntakaful.my

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Selamat Hari Raya!!

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Maaf Zahir dan Batin

Posted in Uncategorized | Leave a comment